skip to main | skip to sidebar
norraienPHOTOchenta
CANOPY.SOUND SYSTEM.PHOTOGRAPHY.CATERING.LOGISTIC (001808468-V)
RSS
  • Home
  • Ladiesfoto
  • Canopy
  • Kek Batik
  • Contact
  • Flickr
  • Facebook
  • Twitter

Persahabatan

1comments

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

Sayang Korang Sumer Sahabat2ku.. :)


9:18 PM



1 response to "Persahabatan"

  1. Cek Ungu said...
    April 27, 2009 at 7:04 PM

    yup..
    sahabat mmg keperluan jiwa..
    yg plg penting dlm sahabat..

    "bersama la dorg time susah n senang"

    bile kunci tu kite pgg..sure kite jd sahabat..

    :)


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Nama penuh Nor Ain Nordin.. Panggil Aien saje.. Lahir pada 07 November 1986, dah tua dah.. Hobi mengambil gambar, dengar radio, berinternet & berjalan-jalan.. Bekerja sendiri, takde la relax sangat yea.. Seorang yang simple & suke gelak.. Prinsip hidup aku, aku tak kacau orang so jangan kacau aku.. Ok bye..
    Follow this blog

    Followers

    TRAFFIC FEED

    Blog Archive

    • ►  2008 (2)
      • ►  November (1)
      • ►  December (1)
    • ▼  2009 (108)
      • ►  January (3)
      • ►  February (4)
      • ►  March (7)
      • ▼  April (12)
        • Ditag oleh Takayun
        • Tgk Wayang
        • Yasmin Ahmad vs Celaru???
        • Tangisan
        • Rindu
        • Karok
        • Alek Kampung
        • Hari Ini
        • Persahabatan
        • International Book Fair @ PWTC
        • Selamat Bertunang Sahara & Wan
        • Sekitar majlis
      • ►  May (11)
      • ►  June (18)
      • ►  July (12)
      • ►  August (17)
      • ►  September (6)
      • ►  October (3)
      • ►  November (8)
      • ►  December (7)
    • ►  2010 (48)
      • ►  January (2)
      • ►  February (3)
      • ►  March (3)
      • ►  April (7)
      • ►  May (3)
      • ►  June (11)
      • ►  August (2)
      • ►  September (1)
      • ►  October (3)
      • ►  November (7)
      • ►  December (6)
    • ►  2011 (29)
      • ►  January (4)
      • ►  February (2)
      • ►  March (3)
      • ►  April (2)
      • ►  May (1)
      • ►  June (1)
      • ►  July (2)
      • ►  August (1)
      • ►  October (8)
      • ►  November (1)
      • ►  December (4)
    • ►  2012 (6)
      • ►  February (3)
      • ►  March (1)
      • ►  October (2)

Copyright © All Rights Reserved. norraienPHOTOchenta | Converted into Blogger Templates by Theme Craft